I'm So Sorry But I Love You.
I'm So Sorry But I Love You Part 1
Tuesday, 5 June 2012 | 06:20 |
IU POV
Aku rasa seperti
kurang berselera untuk makan. Aku rasa seperti ada sesuatu yang akan terjadi
kepada seseorang. Entah mengapa aku berfikiran sebegitu walhal tiada apa yang
berlaku. Ataupun, sebentar lagi mungkin? Err, tak tak. Itu hanya ilusi sahaja.
Tak mungkin akan menjadi nyata.
“Woi, kau ni dah
kenapa geleng-geleng kepala? Nak makan ke tak nak ni? Kang aku habiskan baru
tahu,” aku mendongakkan mukaku. Aku melatakkan sudu ditepi dan menuju keluar
kelas. Aku tidak tahu aku mahu pergi kemana. Mungkin ada sesuatu yang baik akan
berlaku kepadaku.
“Woi kau nak pergi
mana tu?! Sini lah!” Jiyeon memanggilku sambil melambaikan tangan kearahku akan
tetapi aku tidak menghiraukannya. Aku berjalan di kaki lima. Sedang aku menuju
ke rooftop untuk menenangkan fikiran tiba-tiba. Eh, adakah itu.... Apa yang dia
sedang bualkan? Aku patut bersembunyi disebalik pintu ini. Aku menekapkan
telingaku dibelakang pintu. Aku mencuri-curi dengar perbualan diantara mereka.
Myungsoo POV
“Myungsoo, you
tahukan sape yang ada kat hati I?” Jessica bercakap dengan lembut sambil
memegang tali leherku. Aku berasa agak rimas dengan kelakuannya. Ingin sahaja
aku menengkingnya agar tidak menyentuhku. Aku berasa tidak selesa sebenarnya
tetapi aku tidak sanggup melakukan sedemikian. Hatinya senang terluka.
“Of course, it’s
me,” aku membalas seperti nak tak nak sahaja. Bukankah dia sudah tahu jawapan
pada soalan ini? Mengapa dia tanya soalan sebegitu kepadaku? Dia menundukkan
mukanya sambil memelukku dengan erat. Aku agak terkejut dengan perbuatannya
itu. Aku hanya buat tidak tahu. Dia meleraikan pelukan selepas beberapa saat.
“Boleh you tunaikan
satu janji ni buat kali terakhir?” aku berfikir sejenak. Adakah aku mampu untuk
menunaikan janjinya? Aku selalu tidak menepati janji seseorang melainkan orang
itu orang yang paling penting dalam hidupku. Tapi, dia adalah salah seorang
penting bagiku, bukan?
“I akan buat apa yang
termampu,” Jessica mendonggakkan kepalanya. Dia seperti runsing. Aku tidak tahu
sebab apa. Tapi dia kelihatan betul-betul runsing. Adakah perkara itu sungguh
penting?
“Boleh kita putus?”
aku tercengang. Mataku membutang. Adakah aku sedang bermimpi? Adakah dia
memaksudkannya? Adakah dia ingin bersama Luhan? Ini tidak mungkin. Adakah aku
sedang bermimpi? Tak, ini realiti! Dia pernah memberitahuku bahawa dia menyukai
aku dan bukannya Luhan! Adakah hati dia sudah berubah?
“Hm, I bergurau je
tadi so goodbye,” Jessica menundukkan mukanya sambil menitiskan air matanya.
Mukanya menjadi merah padam. Aku tahu dia tidak bergurau. Dia sendiri tahu dia
memaksudkannya. Dia seakan-akan bersalah untuk meminta putus dan aku tahu dia
juga sedih tentang tadi. Dia mesti runsing untuk mencintai Luhan atau aku. Itu
tidak benar. Tidak akan terjadi.
“J- Jessica!”
Jessica berlari menuju ke pintu. Aku hampa. Dia mesti fikir aku tidak setuju
untuk putus dengannya. Sudah lama aku memendamkan perasaan ini. Dan, aku tidak
kisah jika hati aku yang sakit tapi aku tak rela melihatnya kesakitan. Aku tahu
dia mesti sedang membuat keputusan sekarang. Aku harap dia fikir baik-baik
tentang perkara ini. Aku tidak sanggup untuk meninggalkannya.
IU POV
Myungsoo menjerit
nama Jessica? Adakah Jessica merajuk dengan Myungsoo? Tambahan pula, Jessica
itu baik, cantik, pandai dan famous. Siapa sahaja yang tidak suka akannya. Pakcik
juga mungkin menyukainya. Seseorang sedang menuju ke sini. Aku patut menyorok.
Tapi, dimana? Ah, di belakang pintu. Ya, dia pasti tidak akan menyedari
kedatanganku.
Jessica menangis
teresak-esak. Matanya merah. Mukanya juga merah padam. Dia kelihatan sungguh
sedih. Apa yang Myungsoo lakukan padanya sehingga dia begitu? Nampaknya, dia
sudah pergi. Aku harus pergi ke rooftop. Aku ingin bertanya kepada Myungsoo!
Aku harus berani. Sabar IU, kau kena yakin kau boleh. Lagipun, ingat kisah
lalu. Jessica dah banyak tolong kau. Sekarang, kau pulak kena tolong dia! Ya,
aku boleh. Aku menghampiri pintu. Ya, yakinkan diri. Aku boleh. Baiklah, aku
pulas tombol pintu ini sekarang.
Tiba-tiba, pintu
itu terbuka. Ingin sahaja aku menjerit tetapi mulutku terkunci. Sekujur tubuh
berdiri tegak dihadapan ku. Mukanya seakan-akan terkejut. Matanya membutang.
Aku tercengang. Bagaimana jikalau dia memarahi ku kerana mendengar perbualannya
bersama Jessica? Aku yakin. Dia adalah seorang yang panas baran.
Ah, mengapa jantung
aku tiba-tiba berdegup dengan kencang apabila memandang kedalam matanya? Aku
rasa perasaan yang aneh telah masuk kedalam diri aku. Perasaan yang sudah lama
aku tidak rasaai. Adakah dia juga merasakan perasan yang sama aku rasai? Aku
patut beranikan diri untuk berhadapan dengannya.
“Jangan risau, aku
tak dengar apa-apa pun tadi jadi aku patut balik ke kelas. Selamat tinggal!”
aku berlari dengan pantas menuju ke kelas. Jantung aku masih berdegup dengan
kencang. Adakah aku menyukainya? Tidak mungkin! Tidak mungkin aku akan
menyintai seseorang yang melukakan hati kawan baikku sendiri! Aku harus buang
perasaan ini jauh-jauh. Aku tidak mahu merasakan perasaan ini lagi.
Tiba-tiba...
“Woi, kau ni jalan
pakai mata ke pakai hidung?!” Key menengking aku sebaik sahaja aku berlanggar
dengannya. Kertas berteraburan di atas lantai. Aku menolongnya mengutip sekali.
Key membongkok sambil mengutip kertas-kertas yang berteraburan diatas lantai.
Sekali-sekala, dia membebel juga. Mahu tidak mahu aku terpaksa mendengarnya.
“Kau ni, tak baik
tau. Dia bukannya sengaja nak langgar kau. Dia pun tak nak langgar dengan kau
aku rasa, hehe.” Dongwoon memperli Key. Key menjuihkan bibirnya sambil
menjeling Dongwoon. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku ingin cepat-cepat pulang
ke kelas untuk memujuk Jessica.
“Disebabkan kau dah
jatuhkan kertas ni semua, kau kena hantar kertas ni kat atas meja Mrs Wong. Kau
kena tebus balik dosa kau tu!” Key memegang kertas-kertas itu sambil
menghulurkan kepadaku. Aku hanya buat-buat tidak dengar apa yang Key cakapkan.
“Isk kau ni. Tak
baik lah. Dah Mrs Wong yang suruh kita kan? Apa kata kita letak je kat meja Mrs
Wong. Lagipun, banyak kertas ni. Dia mana larat nak angkat semua ni seorang,”
sekali lagi Dongwoon berada di pihakku. Key menjeling Dongwoon yang berada di
sebelahnya. Key seakan-akan sengaja untuk tidak mendengar apa yang Dongwoon
cakapkan. Myungsoo tiba-tiba menuju kearah kami bertiga. Aku menundukkan muka.
Selepas kejadian tadi, aku berasa sungguh malu.
“Haa, dah
alang-alang kau kat situ, apa kata kau letak kertas ni semua kat atas meja Mrs
Wong. Kau tahu kan mejanya kat mana? Kau pegang kertas ni,” Key menghulurkan
kertas-kertasnya kepada Myungsoo. Myungsoo hanya patuh kepada arahan Key.
Myungsoo mengambil kertas-kertas tersebut.
“Kau ni, tak baik lah. Kertas tu kan banyak.
Takkan dia nak angkat semua?” Key memandang kearahku sambil menunjukkan mukanya
yang bingung. Dia mesti sedang memikirkan sesuatu. Myungsoo dan Dongwoon hanya
memandang mukaku. Tiba-tiba Dongwoon bersuara,
“Kalau macam tu,
kau pegang ni,” Dongwoon menghulurkan kertas-kertas itu kepadaku. Aku memegang
kertas-kertas tersebut. Key mendekati Dongwoon. Key melambai-lambai kearah
Dongwoon menunjukkan Key ingin membisikkan sesuatu. Dongwoon menganggukkan
kepala lalu mendekatkan dirinya kepada Key. Aku memanjangkan leher. Aku ingin
mendengar perbualan mereka tetapi gagal. Myungsoo menyengetkan kepala tanda
ingin mendengar perbualan mereka juga. Dongwoon melihat kedalam mataku sambil
mengangguk-angguk. Setelah habis berbisik, Dongwoon menganggukkan kepalanya
buat kali terakhir sambil menggigit bawah bibirnya.
“Kau pegang kertas
tu lepas tu kau tanya Myungsoo kena buat apa,” Dongwoon beritahuku dengan
pantas. Aku tidak faham walau sepatah pun ayat yang diucapkannya. Aku menggaru
kepalaku yang tidak gatal. Myungsoo hanya perhatikan kelakuanku. Aku berasa agak
malu sedikit. Bukan sedikit, banyak!
“1.... 2... 3!!!!
Lari!!!” Key dan Dongwoon berlari dengan pantas menuju ke kelas. Mereka
meninggalkan aku berdua bersama Myungsoo?! Mukaku menjadi merah padam. Adakah
ini sebahagian daripada rancangannya untuk mengenakanku? Adakah ini yang
dibisikkan oleh Key? Ah, aku berasa sungguh geram!
“Weh, korang nak
pergi mana tu?! Jangan tinggalkan aku woi! Kertas ni semua nak buat apa?! Ambil
lah balik kertas ni woi! Berat tahu tak?!”aku seperti orang bodoh memanggil
mereka. Mereka bukannya akan kembali kesini walau terkeluar anak tekak aku
menjerit nama mereka.
“Haish, dah tak
guna jugak aku panggil diorang. Apa aku nak buat? Nak buat apa dengan kertas
ni? Ah, beratnya~” aku mengeluh sendirian. Myungsoo hanya melihat gerak-geri
aku. Aku berasa malu. Tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup dengan kencang.
Adakah pandangan matanya memberi makna? Mengapa matanya nampak lebih menawan
berbanding biasa? Aku rasa matanya nampak lebih menawan berbanding hari yang
lain. Atau, sama sahaja setiap hari? Dia nampak lebih comel dengan mukanya yang
agak bingung itu. Tidak! Aku harus buang perasaan ini jauh-jauh. Aku takkan
jatuh cinta terhadapnya. Tidak walau dalam seribu tahun! Ah, Myungsoo mendekati
aku! Alamak, apa yang aku harus lakukan? Aku patut buat-buat tidak nampak
sahaja.
“Biar aku angkat
kau punya. Kau boleh masuk kelas,” Myungsoo menawarkan dirinya untuk menolongku
mengangkat kertas-kertas tersebut. Ianya sungguh berat tetapi aku tidak mahu menyusahkan dirinya. Ah, apa pula perasaan aneh ini?
Bukankah bagus jikalau Myungsoo yang mengangkat kertas-kertas ini? Ya, aku juga
perlu memujuk Jessica. Aku tidak mungkin akan menyintai dia. Takkan.
“Hm, takpe lah.
Bertambah berat lah kalau kau angkat seorang. Lagipun, ni salah aku. Sebab aku
lah kau kena angkat kertas ni,” seperti ada sesuatu yang merasukku untuk
berkata sedemikian. Ya, aku tak maksudkannya! Ingin sahaja aku memberitahunya
bahawa aku tidak memaksudkannya tetapi ada sesuatu yang mengunci mulut ini.
Jika ada kuncinya sudah lama aku buka.
“Eh, takpe takpe.
Aku tak kisah sebenarnya,” dia berkata dengan lembut sekali. Aku seolah-olah dibuai
mimpi. Berjalan berdua-dua di kaki lima bersama dia membuatkan aku berasa selesa.
Aku seperti ingin bersamanya selalu sebegini. Aku suka berperasaan seperti ini
bagaikan seorang yang sedang bercinta. Sebentar, mengapa aku berkata
sedemikian? Aku sepatutnya buang perasaan ini jauh jauh. Memang tak perlu ada
perasaan seperti ni. Ya, senang kata dari dibuat.
Myungsoo POV
Aku berasa agak
kekok bersamanya. Tapi, tidak mengapa. Aku merasakan sesuatu perasaan yang
selalu aku alami sewaktu aku bersama Jessica. Berasa seperti selesa bersamanya.
Dan, aku ingin bersamanya selalu.
FLASHBACK
“Myungsoo, best kan
duduk berdua begini? Seolah-olah dunia ini kita yang punya dan tiada siapa yang
boleh menawan dunia ini melainkan seseorang boleh mengubah hati Myungsoo,”
Jessica tersenyum lebar kepadaku. Aku membalas senyumannya. Angin sepoi-sepoi
bahasa. Bunyi kicauan burung. Melihat matahari terbenam berdua. Ia sungguh
bermakna bagi pasangan seperti kami.
“Ah, sejuklah.
Makin kuat pulak angin,” Jessica memeluk tubuhnya dan melentokkan kepalanya
kepadaku. Aku memegang erat tangannya lalu memeluknya. Aku meleraikan pelukan
lalu mencium dahinya dan memegang bahunya.
“Jessica, Cuma you
je yang ada kat hati I dan cuma you je
yang boleh tawan hati I,” Jessica menundukkan mukanya sambil gelak sedikit. Dia
mendongakkan mukanya dan tersenyum lebar
padaku. Senyumannya sungguh menawan.
“I love you,”
Jessica memeluk erat tubuhku. Aku membalas pelukannya. Bercinta bersaksikan
matahari terbenam. Sungguh romantik.
END FLASHBACK
Ya, kenangan yang
terindah bersama Jessica. Dan, aku merasakan perasaan seperti itu apabila
bersama IU. Apakah makna perasaan ini? Jantungku berdegup kencang, mukaku sudah
menjadi merah padam, perasaan malu apabila berhadapan dengannya dan takut untuk
berhadapan dengannya. Adakah ini tanda-tanda aku mula menyukainya? Tak mungkin!
Bagaimana dengan Jessica? Adakah dia betul-betul ingin bersama Luhan? Adakah
dia memaksudkannya? Buntu. Aku buntu sekarang. Sama ada IU atau Jessica? Eh,
mengapa aku membandingkan mereka? Jawapannya sudah terang disitu! Ia adalah IU!
Maaf, J- J- Jessiu! Eh, apa aku merepek ni? Ianya Jessica!
Lamunanku terhenti.
Aku sudah berdiri tegak dihadapan pintu pejabat. Aku berasa pelik sedikit.
Sejak bila aku menuju kesini? Aku langsung tidak ingat bila aku menuju kesini.
Setelah aku mengingat kembali kisah lampau, berlawan dengan perasaan aneh dan
menggelamun, aku sudah sampai di pejabat! Ya, lama sungguh aku menggelamun.
“Myungsoo! Letak
sini!” IU memanggilku dengan nada yang lembut sambil melambai-lambai tangannya
kearahku. Comel sungguh mukanya pada waktu. Dengan rambut depannya menutup mata
ditiup angin dan muka seperti orang yang tidak bersalah, sungguh comel! Aku
tidak boleh menafikannya lagi, ianya sungguh comel! Myungsoo, berhenti menggelamun.
Hati kau hanya pada Jessica! Bukan pada IU! Sekarang, lupakan IU. Ya, aku boleh
melupakan IU! Ya, kau boleh Myungsoo. Sekarang, kau hanya perlu meletakkan
buku-buku ini diatas meja Mrs Wong tanpa memandang wajahnya dan berlari dengan
pantas menuju ke kelas! Ya, aku boleh buat!
Aku menuju kearah
meja Mrs Wong tanpa memandang muka IU. Aku takut jika aku terjatuh hati kepad
IU dan aku akan melupakan Jessica. Perkara seperti itu tidak akan terjadi
sehingga ke akhir hayat! Aku sudah berjanji pada hatiku sendiri bahawa aku
tidak akan melakukan perkara seperti itu.
IU POV
Myungsoo seakan-akan
tidak suka akanku. Dia menundukkan mukanya. Dia seakan-akan tidak mahu melihat
aku yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Aku cuba untuk memandang wajahnya
tetapi gagal. Dia cuba untuk menundukkan lagi wajahnya seolah-olah wajahnya itu
hanya Jessica yang boleh pandang dan bukannya aku. Eh, mengapa aku berkata
sedemikian? Bukankah bagus begitu. Jessica pun ada bagitahu kepadaku bahawa
Myungsoo selalu melayan budak perempuan yang lain.
Tanganku sudah
lenguh memegang kertas yang bertimbun itu. Mahu sahaja tanganku patah. Aku
meletakkan tanganku diatas kertas yang aku bawa sepanjang perjalanan daripada
kaki lima sehingga kesini. Sungguh berat. Myungsoo betul-betul berdiri di
sebelahku. Jantungku berdegup dengan pantas. Nafasku turun naik. Dia meletakkan
kertas tersebut di sebelah kertas-kertas yang ku sudah letakkan. Dia mengeluh
sedikit. Kepenatan mungkin. Dan....
FLASH!
Key dan Dongwoon
berada dibelakang kami dan menangkap gambar kami berdua sedang berpegangan
tangan. Kami bukan sengaja untuk berbuat sedemikian. Myungsoo meletakkan
tangannya diatas tanganku lalu memegang tanganku dengan erat. Aku juga tidak
tahu mengapa dia berbuat demikian. Bukankah hatinya milik Jessica? Aku runsing.
Betul-betul runsing.
“Kyaa! Buang gambar
tu!” aku menengking mereka dengan agak kuat. Suaraku bergema. Keadaan disini
menjadi tegang. Pada waktu ini, semua guru sedang bermesyuarat. Dongwoon dan
Key melihat gambar kami berdua sambil ketawa. Myungsoo memandang mereka dengan
tajam. Matanya seperti binatang buas yang comel. Dengan riak wajahnya begitu,
mentampakkan wajahnya kelihatan lebih comel berbanding biasa.
“Kyaa, buang
cepat!” Myungsoo menengking mereka. Mereka menjuihkan bibir mereka. Key menekan
butang pinat Polaroid miliknya.
“Takkan lah aku
senang-senang je nak padam gambar ni? Mesti gempak kan kalau satu sekolah tahu?
Lagi-lagi budak yang top macam kau,” Key memperli Myungsoo dengan selamba.
Dongwoon hanya ketawa geli hati dengan gelagat Key. Myungsoo memandang kearah
mereka berdua dengan tajam.
“Kau.. Sini kau!”
Myungso menundukkan mukanya lalu menyerang Key. Key mendepakan tangannya
keatas. Myungsoo terhincut-hincut ingin mengambil Polaroid Key. Key
menghulurkan Polaroidnya kepada Dongwoon. Dongwoon dengan pantas berlari keluar
dari pejabat. Myungsoo masih lagi bergaduh dengan Key. Mereka seperti budak
kecil. Sangat comel. Aku juga patut menolong Myungsoo. Bagaimana jikalau gambar
itu tersebar? Kemungkinan besar aku akan dibuli oleh peminatnya. Aku patut
mengejar Dongwoon segera.
Dongwoon sudah
tidak kelihatan lagi. Tiada di kaki lima. Dia pasti sudah masuk ke kelas. Aku
patut berjumpa dengannya segera! Aku perlu pantas. Dia pasti menyebarkan gambar
itu! Tiba-tiba..
“Ah, sakitnya~” aku
mengusap lembut kepalaku. Seseorang menghulurkan tangannya. Aku mendongakkan
kepalaku. Dan dia adalah..
“Nak aku tolong?
Hehe,” dia berkata dengan nada lembut sambil tersenyum lebar kepadaku. Tapi,
aku tidak sangka budak top di sekolah berlanggar denganku. Aku menghulurkan
tanganku lalu bangun sambil mengusap lembut kepalaku.
“Kau okay ke?”
Luhan bertanya kepadaku dengan nada risau. Dia seakan-akan risau tentangku.
Entahlah, mungkin dia rasa bersalah kerana berlanggar denganku. Aku yang perlu
meminta maaf sebenarnya. Ia adalah salah aku. Jika aku tidak berlari tadi,
sudah tentu aku tidak akan berlanggar dengannya. Rasa bersalah pula kerana
membuatkan dirinya risau.
“Aku okay. Anyway,
thanks sebab tolong aku. Cuma rasa pening sikit je,” aku hanya berpura-pura
senyum. Aku tidak mahu membuatkan dirinya risau. Tambahan pula, aku tiada hak
membuatnya sebegitu. Dia melentokkan kepalanya.
“Haha, takpe. Kau
sure ke kau okay ni? Nak aku panggil Mrs Lee?” bertubi-tubi soalan yang Luhan
tanyakan. Adakah dia masih risau pasal aku? Sungguh, aku berasa mula pening
sekarang. Seperti mahu pitam sahaja waktu ini. Mataku mula berpinar-pinar. Kakiku
lenguh. Aku rebah.
“I- IU!”
Myungsoo POV
“I- IU!”
Seseorang sedang
memanggil namanya. Ada apa-apa yang berlaku pada dirinya kah? Atau, ia hanyalah
khayalan? Aku patut mencarinya! Aku perlu pantas sebelum ada perkara yang buruk
berlaku lagi! Aku perlu mencarinya! Tapi, dimana? Ah, tak kisahlah. Asalkan aku
boleh bertemu dengannya.
“Weh, kau nak pergi
mana tu?! Tunggu aku woi!” Key memanggil namaku. Aku tidak menghiraukannya lalu
mencari dimana IU berada.
Di kaki lima juda
tiada. Di lobi juga. Begitu juga di kafeteria. Di mana dia sekarang?! Sebentar,
aku terdengar sesuatu. Ia datang dari bilik istirehat. Ada sesiapakah disana? Apa?!
IU bersama Luhan?! Bagaimana Luhan boleh mengenalinya?! Bagaimana Luhan boleh
bersamanya?!
“Kau ni, lari laju
jugak eh? Sampai tak tunggu aku pun,” Key membongkok sambil tercungap-cungap
mengambil nafas. Kepenatan mungkin. Dia mengelap peluhnya.
“Shhhh!! Diam,” aku
hanya melihat kelakuan Luhan. Luhan mengusap kepala IU yang berbalut lalu
mencium pipi IU. Apa yang sudah terjadi kepada IU? Mengapa kepalanya berbalut? Ini
sudah keterlaluan! Luhan tidak patut berbuat sedemikian!
FLASH!
Aku dan Key
terkejut lalu memandang belakang. Kelihatan Dongwoon sedang melihat kembali
gambar yang ditangkapnya. Mataku membutang. Aku tercengang. Adakah dia
menangkap gambar Luhan mencium pipi IU?! Aku merampas Polaroid milik Key. Mataku
membutang. Ya, dia berjaya menangkap gambar tersebut. Key menuju kearah kami
lalu merampas Polaroidnya dan melihat gambar yang diambil. Aku melempang muka
Dongwoon dengan agak kuat. Aku agak geram dengannya.
“Kyaa! Micheosseo?!
(Hey! Are you crazy?!)” Dongwoon mengusap pipinya lalu menjuihkan bibirnya.
“Kyaa, this is
cool!” Key menyampuk sambil menekan punat butang pada Polaroid miliknya. Aku melempang
mukanya pula. Dia mendongakkan mukanya sambil menunjukkan riak tidak puas hati
terhadapku. Dia menjuihkan bibirnya sambil mengusap lembut pipinya. Pintu bilik
istirehat terbuka dengan perlahan. Mata Key dan Dongwoon membutang. Aku memusingkan
badanku. Luhan sedang terpacak berdiri dihadapan kami. Key dan Dongwoon
melarikan diri. Luhan mendekatiku sambil membuat muka marah. Aku mendekatkan diri
kepadanya. Aku menajamkan mataku. Aku memandang kedalam matanya. Dia benar-benar
marah terhadapku. Akan tetapi, aku tidak takut dengannya.
T O B E C O N T I N U E D
Haha, best tak best tak?
Do drop your comment or your suggestion, please? :'D
Labels: B2ST, Exo-M, Infinite, IU, SHINee, SNSD, T-Ara
Older Post | Newer Post