IU POV
Aku dimana? Di
‘Infinite The Mission’? Bukankah sudah lama berlalu? Mengapa ia masih lagi
dijalankan? Eh, mana semua orang? Hanya aku seorangkah disini? Bila masa pula
aku kesini? Ah, aku perlu keluar dari sini.
Aku bangun dari
tempat dudukku lalu menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba, terpancar lampu daripada
belakangku. Aku memandang dibelakangku dan mereka adalah..
“Jikyeobwa wat janha ni sarangeul gin
ibyeoreul,” dia memulakan persembahan mereka. Myungsoo kelihatan sungguh
berkarisma. Aku tidak boleh menafikannya lagi. Dia betul-betul sudah mengambil
alih hatiku. Selepas tamat nyanyiannya, dia mula kebelakang pentas. Ahli yang
lain masih meneruskan nyanyiannya. Aku masih lagi tercari-cari akan kelibat
Myungsoo.
“M- Myungsoo,” aku
tergagap. Terkedu. Terkejut. Sedih. Terharu. Gembira. Semua perasaan digabung
bersama. Myungsoo turun daripada pentas sambil membawa sejambak bunga ros dan
sekotak coklat kepadaku sambil menyanyikan korus lagu ‘Be Mine’. Dia menuju kearahku sambil tersenyum lebar.
Jantungku berdebar-debar. Air mataku mengalir. Myungsoo mendekatiku. Dia
mengesat air mataku menggunakan ibu jarinya.Tangannya sungguh lembut. Dia
menggenggam erat tanganku lalu menciumnya. Dia tersenyum lebar. Kali ini, dia
mencium bibirku pula. Aku tidak boleh menghalang. Dia kemudiannya melutut lalu
memberikan sejambak bunga ros tersebut kepadaku sambil berkata kepadaku,
“Will you be mine?”
dia seakan-akan malu akan kelakuannya. Dia gelak sedikit. Aku tanpa
teragak-agak mengambil sejambak bunga ros tersebut. Air mataku berlinang
membasahi pipi. Aku menghidu bunga ros tersebut. Sungguh wangi. Kali ini dia
memberi sekotak coklat berbentuk hati. Aku membuka kotak tersebut. Aku
terkejut. Mataku membutang. Aku seakan-akan tidak percaya apa yang ada didalam
kotak tersebut. Aku mengambil sebentuk cincin tersebut sambil berkata,
“I will,” air
mataku menitis sekali lagi. Aku tidak dapat menahannya daripada terus berhenti.
Dia memelukku dengan erat. Ahli Infinite yang lain berasa terharu terhadap kami
berdua. Mereka turun daripada pentas sambil memperli Myungsoo,
“Untunglah awek
cantik,” Woohyun menjeling Myungsoo sambil mengacah-acahnya. Aku tertawa geli
hati melihat telatah mereka. Myungsoo dan ahli Infinite yang lain mengajak aku
makan malam bersama mereka. Aku tolak. Aku bukan tidak mahu, cuma aku berasa
agak malu selepas kejadian tadi. Aku menuju ke pintu keluar. Aku baru hendak
memulas tombol pintu tersebut, Myungsoo menghalang aku,
“Jam si man
yo, can we.. Hm, (Wait a minute)” dia menggenggam erat tanganku. Tiba-tiba,
“Kyaa, oppa!” kami terkejut. Mata kami membutang.
Para peminat yang lain menjerit. Ada sebahagiannya yang membaling sampah
kearahku. Myungsoo memelukku erat dihadapan para peminat. Air mataku mengalir
tanpa disedari. Para wartawan yang lain menangkap gambar kami sedang berpelukan.
Myungsoo membuat pengakuan dihadapan mereka.
“Saya Myungsoo, ingin memberitahu kepada semua
pihak termasuk para peminat yang lain bahawa ini adalah teman wanita saya. Ada
sebarang bantahan?” Myungsoo mengangkat tanganku. Para peminat mula menjerit
tanda tidak setuju.
“Oppa, sirheoyeo! (I hate you)” seorang peminat dengan berani menjerit dengan
kuat. Aku yang mendengar perkataan itu lalu berkata,
“Geojimal! (You lied) Saya hanya stylist dia! Tolong jangan salah
faham,” aku menunduk hormat dihadapan mereka. Para peminat yang masih lagi
marah membaling sebiji botol kearahku. Myungsoo menghalang. Aku terkedu. Aku
menjerit namanya.
“M- Myungsoo. Myungsoo!”
Luhan POV
“M- Myungsoo.
Myungsoo!” IU menjerit namanya. Hatiku sakit. Terguris. Sungguh, hatiku berasa
sungguh sakit apabila mendengar nama tersebut yang keluar dari mulut IU. Mata
Myungsoo membutang. Dia menyebut nama IU dengan perlahan lalu menuju kearah IU
yang sedang terbaring kaku di atas sofa. Aku hampa.
“I- IU. Kau dah
sedar ke?” Myungsoo menggenggam erat tangannya. Myungsoo kelihatan benar-benar
risau. Aku hanya melihat gerak-gerinya dari jauh. Myungsoo mencium tangannya
pula. Aku berpura-pura senyum lalu keluar dari bilik istirehat. Aku sudah tidak
tahan untuk melihat lagi apa yang akan berlaku selepas ini. Aku pasrah.
Aku menundukkan
muka menuju ke kelas sambil meletakkan tanganku di dalam poket. Beberapa
pelajar perempuan yang lain bertanya kepadaku mengapa aku bersedih. Aku tidak
melayan mereka. Key dan Dongwoon memerhatiku dari jauh sambil memperliku. Aku
tidak menghiraukan mereka. Aku membuka pintu kelas lalu duduk ditempat ku.
Beberapa pelajar perempuan yang lain bertanya sama sendiri tentang aku. Aku
masih menundukkan mukaku.
“Woi, lamanya.
Pergi mana?” Sehun bertanya kepadaku. Aku berpeluk tubuh sambil menarik nafas
dalam. Hatiku benar-benar sakit melihat kelakuan Myungsoo. Aku memandang kearah
Yoona. Yoona berlagak seperti biasa. Aku menundukkan mukaku kembali.
“Lah, pasal Yoona ke?
Dia buat apa lagi kat kau? Dia tolak kau?” bertubi-tubi soalan yang ditanyakan
oleh Sehun. Aku menekup mukaku sambil menunjukkan riak hampa.
“Hm, takde lah. Dia
tu takde lah perfect mana pun kalau kau tengok,” aku membalas soalannya nak tak
nak. Tak mungkin aku akan beritahunya mengenai IU. Aku patut merahsiakan sahaja
hal ini. Tapi, lambat-laun dia pasti akan ketahui juga. Ah, tak kisah lah.
“Tak perfect kau
cakap? Weh, cantik tu Yoona. Kau boleh cakap tak perfect? Haha, lawak k. Habis
kau nak yang macam mana? Macam Seohyun? Dia pun perfect jugak kot,” dia
melempangku dengan perlahan. Aku hanya melayan karenahnya. Jika diikutkan, mahu
sahaja aku melawat IU sekarang ini. Malangnya, Myungsoo bersamanya. Huh~
“Haa, Seohyun?!
Haha, kau ni buat lawak ke weh?!” aku berkata dengan agak kuat. Sahaja ingin
menarik perhatian mereka. Tambahan pula, Sehun menyukai Seohyun.
“Shhh! Kau ni!
Bodoh ah!” Sehun menekup mulutku. Tekanan aku mula hilang sedikit demi sedikit
apabila aku melupakan IU. Mungkin aku patut bersama Seohyun tapi bagaiman
dengan Sehun? Dia pasti akan memarahiku lagi seperti tahun lalu.
FLASHBACK
“Luhan...” Sehun
memanggil namaku dengan sayu. Suaranya seakan-akan tersekat. Dia pasti sedih
waktu ini. Dia menundukkan mukanya. Dia menggenggam tangannya sehingga uratnya
kelihatan.
“Hm, kenapa?” aku
bertanya kepadanya. Aku bingung. Ada apa-apa yang berlaku kepadanya kah?
Mengapa dia menjadi begini? Aku melentokkan kepalaku. Aku betul-betul tidak
sabar mendengar apa yang dia ingin katakan.
“Pasal Seohyun tu....”
aku berfikir sejenak. Mengapa dengan Seohyun ada apa-apa yang berlaku kepadanya
kah? Aku betul-betul tidak berapa ingat apa yang berlaku!
“Seohyun? Kenapa
dengan dia? Dia sakit ke?” bertubi-tubi soalan yang aku tanyakan kepadanya. Dia
duduk bersebelahan denganku. Dia kelihatan bingung.
“Hm, kau risau
pasal dia ke? Ke....” eh, aku risau tentangnya? Bukan begitu. Aku hanya
bertanya sahaja untuk mendapatkan kepastian. Dan, kenapa?
“Hm?” aku bingung.
Aku memandang tepat ke mukanya.
“Kau suka dia?” aku
mengundur kebelakang sedikit. Apakah maksud perkataan ‘suka’itu? Suka sebagai
kawan? Adik beradik? Atau... Kekasih?
“Maksud kau?”
bunyinya agak kasar sedikit tetapi aku betul-betul tidak faham dengan perkataan
‘suka’ itu. Sungguh, aku tidak faham!
“Hm, takpe lah,”
dia mendengus geram sedikit lalu berlalu pergi. Pergi kemana pun aku sendiri
tidak pasti. Aku tidak dapat menghalang. Tiba-tiba, sekumpulan penyangak menuju
kearah ku. Aku hanya tidak mengendahkan mereka lalu berlalu pergi dari situ.
Takut-takut ada sesuatu perkara yang berlaku kepadaku. Tiba-tiba, seseorang memegang
bahuku. Aku memandang kebelakang lalu....
“Yaahhh!!” aku
dipukul dari belakang. Aku bangun lalu membalas pukulannya balik. Selepas semua
daripada mereka sudah pengsan, aku tercungap-cungap mengambil nafas. Aku
mengelap peluhku. Aku mengesat darah pada mulutku menggunakan ibu jari. Mataku
lebam. Aku berjalan terhincut-hincut berlalu pergi. Baru beberapa langkah aku
ambil, seorang daripadanya memukul tengkukku dari belakang. Aku rebah.
Aku baru sedar
daripada pengsan. Aku berada di sebuah bilik di bawah tanah. Penyangak tadi
berada dihadapanku sambil memegang sebatang kayu. Aku diikat dengan tali. Aku
tidak dapat bergerak. Aku tercungap-cungap. Aku mengalah.
“Kuat jugak kau eh.
Aku ingat kau lembik,” aku seperti kenal akan suara itu. Penyangak tersebut
memberi laluan kepadanya. Dan dia adalah...
“Huh, tak sangka
kau ni pengecut sampai kau kena upah penyangak macam diorang, Sehun,” aku
mendengus geram. Sehun mendekatiku. Dia memegang mukaku dengan kasar.
“Haish, kau ni kuat
tapi bodoh jugak eh? Kau ni fikir pakai otak ke pakai lutut?! Kalau aku sendiri
belasah kau, kau dah ada kat dalam keranda sekarang ni!” dia menolakku ke
dinding.
“Kalau aku pakai
siku? Haha, bongok. Ada otak ke kat lutut? Kalau otak aku kat lutut, otak kau
pun ada kat lutut. Ada kat dalam keranda? Haha, kau pun mati ada kat dalam
keranda jugak. Ada beza? Oh, masa kau mati nanti keranda kau mesti warna
favourite kau kan? Takutnya lahai~” aku memperlinya. Dia memandang tajam
kedalam mataku. Dia menolakku ke dinding sekali lagi. Ini lebih kuat berbanding
tadi. Belakangku sakit.
“Kau ni, mulut
busuk lah! Kalau bukan sebab Seohyun, kau mesti ada tak kena pukul macam ni!”
aku terpinga-pinga. Kerana Seohyun? Mengapa dengannya?
“Haha, Seohyun? Kau
suka budak kepala besar tu? Kau ni dah buta apa?! Haha!”aku masih tidak puas
hati terhadapnya. Ianya semata-mata kerana Seohyun? Kerana Seohyun, aku dan dia
bergaduh? Ini sungguh bodoh! Bagaimana dia boleh suka akan budak yang baru dia
kenali berbanding kawan lamanya?
“Kau ni dah kenapa
nak hina dia?!” kali ini dia menumbuk mukaku pula. Aku menggigit bawah bibirku.
“Kau belasah aku
cuma sebab budak kepala besar tu?! Kau ni bodoh lah! Kau nak dia sangat, kau
amik lah!” aku menengkingnya. Aku tidak percaya dia belasah ku hanya kerana
Seohyun?! Ini sungguh bodoh!
“Aku amik dia?
Haha, kau lawak ah. Kau sendiri tahu kan dia suka kau. Takkan lah dia nak
couple dengan orang yang dia tak suka? Bodoh,”aku terkedu. Dia tahu? Bagaimana
dia tahu? Itu tak penting. Yang penting, aku harus betulkan balik keadaan ini.
“Kau ingat aku tak
tahu? Haha, aku nampak weh! Nampak! Tak payah nak terkejut sangat lah kan?” aku
belum sempat membalas dia menyambung ayatnya.
“Tapi, aku tak suka
dia walau sikit pun! Seriously, aku tak suka! Kalau aku suka dia, dah lama aku
terima. Sekarang dah settle kan? So, let me go!” aku menjerit dengan kuat.
Suara ku bergema di setiap penjuru bilik.
“Wowow, takkan aku
senang-senang nak lepaskan kau macam tu je? Aku takkan weh!”dia masih tidak
mahu mengalah masih lagi dengan pendiriannya. Aku penat melayan karenahnya.
Kerana perempuan, kami bergaduh? Itu sungguh bodoh! Aku takkan bergaduh
dengannya kerana alasan tidak masuk akal!
“Kau tahu kan aku
suka dia?! Kenapa kau buat aku macam ni?!” dia tidak puas hati. Dia menjerit
dengan kuat sekali. Kami terdengar bunyi kuakan pintu. Mata Sehun membutang. Ia
adalah..
“Stop, Sehun! Aku
yang suka kat dia! Memang betul dia tak suka kat aku. Aku pun bodoh jugak sebab
suka kat dia. Tapi, apa nak buat? Cinta tak boleh dikawal kan?” dia menundukkan
mukanya dan memandang kearahku. Aku mengalihkan pandangan.
“Ta- Tapi..” Sehun
berasa sungguh bersalah. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain mengalah
memandangkan Seohyun menghalangnya berbuat sebegitu lagi terhadapku. Seohyun
mendekati aku. Dia membuka tali ikatan.
“Jom, Luhan,” dia
memegang erat tanganku. Aku terpaksa berbuat demikian sebenarnya. Jika
diikutkan, tidak mahu aku berbuat begitu dengannya.
END FLASHBACK
Kini, aku sudah
berbaik dengannya memandangkan Seohyun kini bersama Yonghwa dan aku gembira
mendengar tentangnya.
“Kau rasa, Seohyun
sesuai dengan aku ke dengan Yonghwa? Hehe,” dia tersenyum malu sambil menggaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
“Isk, kau ni. Tak
habis-habis. Aku keluar dulu lah, boring doh. Kau cuba lah usha dia. Mana tahu
dapat tawan hati dia lepas tu dia tinggalkan Yonghwa. Hehe,” aku tersenyum
lebar kepadanya. Dia melambaikan tangan kearah ku. Aku menuju ke pintu keluar
untuk menjenguk IU daripada luar. Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu
tersebut, seseorang membuka pintu daripada luar. Dia adalah Myungsoo. Nampaknya
dia sudah pulang dari melawat IU. Kini, hanya aku dan IU bersama. Ia sungguh
indah~ Myungsoo berlanggar denganku dengan selamba. Aku hanya menjelingnya.
Aku berjalan menuju
ke bilik istirehat berdekatan dengan kafeteria. Beberapa pelajar tadika yang
baru pulang sedang makan tengahari di kafeteria. Sungguh comel. Ada yang
menyuapkan kawannya dan ada juga yang berpegangan tangan. Sungguh romantik. Ia pasti
menjadi lebih romantik jika aku berbuat sedemikian bersama IU. Aku berdiri
betul-betul dihadapan bilik istirehat. IU masih lagi terbaring tidak
menyedarkan diri. Aku hampa. Aku terfikir-fikir ingin masuk atau tidak. Mrs Lee
sedang memeriksa keadaannya. Mungkin masa ini tidak sesuai untuk melawatnya.
Aku patut balik ke kelas sekarang. Aku memandang belakang dan ada seorang
kanak-kanak kecil membawa bekal. Sungguh comel.
“Oppa, saya nak
bagi oppa ni,” dia menghulurkan bekal tersebut kepadaku. Aku membongkok
sedikit. Aku mengusap rambutnya.
“Mianhae, bukan
oppa tak nak terima nanti omma dengan oppa awak marah sebab bagi bekal awak kat
oppa,” aku tersenyum lebar kepadanya. Kawannya menuju kearahnya.
“Oppa, saranghae,
(I love you)” kanak-kanak tersebut memberi bekalnya kepada aku. Aku rasa berat
hati untuk menolaknya akan tetapi mereka pasti akan lapar jika aku menerimanya.
Walauapapun, aku terpaksa menerimanya juga. Mereka pasti akan sedih.
“Nae, kamsahamnida.
(Ye, terima kasih) Oppa nak belanja awak semua makan ais-krim. Sape nak?”aku
memegang tangan kanak-kanak tersebut lalu menuju ke kafeteria. Kanak-kanak
tersebut sungguh gembira bila aku bercakap tentang ais-krim. Tentu mereka suka
makan ais-krim. Begitu juga aku.
“Oppa, nak sikit?”
salah seorang yang memberi bekalnya kepadaku menghulurkan ais-krimnya kepada
aku. Aku menolak.
“Oppa beli ni untuk
awak. Makanlah. Oppa dah ada bekal awak semua. Nanti tak habis,” aku berkata
dengan lembut kepadanya sambil mengusap kepalanya. Aku terdengar bunyi kuakan
pintu daripada bilik istirehat. Mrs Lee baru keluar dari bilik istirehat.
Dengan pantas, aku menuju kearahnya.
“Mrs Lee, IU okay?”
aku bertanya dengan nada risau. Kerana aku, dia jadi begitu. Aku berasa sungguh
bersalah.
“IU okay. Dia tak
apa-apa. Kejap lagi dia sedar,” Mrs Lee berkata dengan lembut. Aku berasa lega
sedikit mendengar berita gembira tersebut. Jika keadaannya teruk, aku terpaksa
menebus kembali apa yang aku lakukan kepadanya. Mrs Lee berlalu pergi.
“Oppa!” kanak-kanak
tadi memanggil aku. Aku memandang kearahnya.
“Nae? (Ye?)” aku
tersenyum lebar kepadanya. Dia melambaikan tangannya menandakan dia menyuruh
aku pergi kearahnya. Aku menuju kearahnya.
“Nae, ada apa-apa
ke?” aku bertanya kepadanya dengan riak wajahku yang bingung.
“Oppa, kyeopta~”
dia tersenyum lebar. Aku menundukkan mukaku. Mukaku merah padam. Aku tersenyum
lebar kearahnya. Aku terlupa sesuatu yang penting. Ye, melawat IU! Aku perlu
pergi sekarang!
“Nae, kamsahamnida.
(Ye, terima kasih) Oppa kena pergi sekarang, annyeong! (Bye)” aku membawa
bekal-bekal yang dihadiahi oleh mereka lalu melambaikan tangan kerah mereka.
Aku tersenyum lebar. Mereka juga melambaikan tangan kepadaku. Aku memulas
tombol pintu bilik istirehat. IU masih lagi tidak menyedarkan diri. Aku
mengusap lembut kepalanya. Perutku meragam pula. Aku membuka salah satu bekal
yang dihadiahi oleh kanak-kanak tadi. Bekal mereka sungguh comel. Ada perkataan
‘Fighting’(berusaha) di bekalnya.
Sungguh comel! Aku patut tinggalkan sedikit untuk IU. Dia tentu lapar pada
waktu ini.
“M- Myungsoo...”
sekali lagi, IU menyebut lagi namanya. Apa keistimewaan Myungsoo hingga IU
menyebut namanya? Adakah IU menyukai Myungsoo? Tidak mungkin! Myungsoo baru
sahaja mengenalinya memandangkan Myungsoo tidak sekelas dengan IU. Aku
mengenali IU melalui Suzy memandangkan aku berkawan baik dengan Suzy sejak
kecil. IU menggerakkan jari-jemarinya. Aku mengsenggam erat tangannya. Matanya
terkebil-kebil. Dia sedar jua. Dia bangun dari sofa lalu duduk bersebelahan
denganku.
“M- Myungsoo mana?”
aku berpura-pura senyum dihadapannya. Aku hampa apabila dia asyik bertanya
tentang Myungsoo.
“Myungsoo? Dia ada
kat kelas. Nak aku panggil ke?” aku memperlinya. Aku bukan berniat untuk
melukakan hatinya hanya ingin membuatkan dia gembira.
“Err, tak payah
lah,”dia berkata dengan nada layu sambil menundukkan mukanya.
“Nak sikit? Kau
belum makan lagi kan?” aku berkata sambil mengunyah kimchi. Dia seolah-olah
tidak lapar atau haus. Dia seolah-olah ingin berjumpa dengan Myungsoo. Aku
rasa, aku patut memanggil Myungsoo.
“Hm, takpe lah. Aku
tak lapar pun,” dia seperti berpura-pura senyum. Matanya bengkak. Adakah dia
menangis tadi? Dia baring semula diatas sofa lalu menutup matanya. Dia penat
mungkin. Sejuk juga berada di dalam bilik istirehat ini. IU pasti kesejukan.
Aku membuka jaketku lalu menyarungkan pada IU. Aku tersenyum melihat telatah
IU. Sungguh comel walaupun degil sedikit. Aku berpeluk tubuh. Ada stick note
diatas meja bertulis,
“IU, cepat sembuh
k? Nanti kita shopping. –Myungsoo <3” ah, ia daripada Myungsoo. Siap ada
‘love’di sebelah namanya. Ada maknakah disebalik semua ini? Shopping? Dimana?
Bila? Aku harus mengikut mereka daripada belakang.
“Lu- Luhan..” IU
memangil namaku. Aku menoleh kebelakang. Aku menyorokkan stick note tersebut
dibelakangku.
“Nae? (Ya?)”aku
terpinga-pinga menunggu apa yang IU ingin katakan.
“Gomawo, (Terima
kasih)” dia tersenyum lebar. Aku lega sedikit melihat dia tersenyum.
“Untuk?” aku
bertanya lagi. Seperti orang bodoh pula aku bertanya sedemikian.
“Hantar aku
daripada kaki lima sampai sini. Kan jauh,” aku baru teringat akan kejadian
tadi.
“Oh, takpe. Aku tak
kesah. Kalau bukan sebab aku, mesti kau tak macam ni,” aku menggaru kepalaku
yang tidak gatal sambil berpura-pura senyum. Pada hakikatnya, aku sedih
sekarang ini melihat keadaan IU sebegini. Aku rasa bersalah. Dia tersenyum
lebar. Apapun, aku tetap gembira melihat dia tersenyum selalu.
T O B E C O N T I N U E
Ada ayat skema tu weh --'
Haha, do drop your comment please :)